Monday, February 21, 2011

Ceritera Sahabat

Hampir dua bulan aku bekerja , terlalu banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tempoh itu . Tak dinafikan apa yang telah terjadi sebelum ini banyak mengajar aku erti kehidupan . Menjadi seorang yang lebih matang dari segala sudut mahu fizikal ataupun mental . Hadirnya aku ke tempat baru bukan untuk melarikan diri dari masalah , tapi cuma memerlukan ruang dalam mencari penyelesaian .

Alunan suara Rihanna mendendangkan lagu Only Girl mematikan lamunan sukma ku sekaligus memecah kesuyian malam . Choyy , kacau betul ! Kalau malam malam macam ni memang tak boleh nak senang , ada saja gangguan lalat versi 2011 ni . Err , masalah teknologi betul lah !

Sekilas aku memandang skrin telefon . Alia Dato' Zainal . Ada apa hal lah awek sorang ni call aku malam buta , ni kalau bukan kes nak bergosip ni tak pun kes gaduh dengan laki dia . Kerja aku kalau bersembang dengan dia lebih banyak menadah telinga daripada menabur kata . Mulut dia kalau start bercakap aku terpaksa sumbat buluh nak suruh diam , minah ni memang lah kalau bercakap memang tak nampak lampu merah dah , semua redah je . Agaknya maknya masa beranak kan dia ni kat reban ayam kut . pot pet pot pet ! Segera panggilan dijawab .

"Ezz, apa kau buat lama sangat nak pick up phone tu ? Bila kau ada cuti ? Next week balik lah Ipoh , aku ada berita 'Hot and Spicy' bak Melodi nak story kat kau . Sambil sambil duk pekena nasi kandar kat Ayam Madu . Jom lah , lagipun dah lama kita tak story molly . Rindu nak menatap muka kau" Fuhh , kan sudah ku bilang , minah ni kalau bercakap memang tak tau nak berhenti , ambulans pun lari ke tepi kalau lumba dengan dia ni .

Apa kes lah minah ni malam buta macam ni call semata nak suruh aku balik . keluh ku sendiri dalam hati . Cakap dah sama laju dengan keretapi KTM dari Ipoh - KL Sentral , dah sah sah memang ketinggalan lah aku , cubalah cakap seketui seketui .

"Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarokatu Cik Alia" senafas aku berkata . Kalau lah ada berita yang boleh mengegarkan dunia sekalipun , boleh tak kau cakap perlahan lahan . Kalau aku ni mesin dah lama rosak dengar suara kau yang bingit tu . Apa yang important sangat ? dalam phone kan boleh cakap , mana pulak aku nak kutip cuti tengah tengah bulan ni . Kau cakap dulu apa yang important sangat tu , kalau berat akan dipertimbangkan" malas aku mahu bertikam lidah dengan si Alia ni . Dah sah sah memang aku yang kalah kalau masih berkeras hati .

Huh , Alia menarik nafas dalam dalam sebelum meneruskan ungkapannya

"Macam ni , seminggu lepas kau pergi ke Rawang . Arafat kemalangan , dia kena langgar dengan kereta . Langgar lari . Semua jadi secara tiba tiba . Aku sendiri dapat tahu dari classmate kita Badrul . Itu pun dua tiga hari selepas kejadian tu jadi' Alia berkata dalam nada yang lemah

Tersentak ! Hati ku bagaikan hendak tercabut keluar ketika mendengar berita yang satu ni . Kaki ku terasa lemah longlai ketika mendengar baik baik kata yang terpancul dari mulut Alia . Perasaan serba salah mula menyelubungi diri , tak terkata aku disaat ini . Hanya tuhan yang tahu  perasaan aku ketika ini .

Dalam keadaan yang masih terkejut aku bersuara "hah ! kemalangan ? kenapa tak ada orang yang bagitau aku ? Dah dekat dua bulan aku dekat sini baru kau nak bagitau ? perasaan marah bercampur sedih mula menguasai diri , Alia hanya diam membisu , tidak mampu berkata apa apa . Dia tahu persengketaan antara dua sahabat ini yang terjadi dua bulan yang lalu . Walau apa pun yang diperkatakan olehnya masih tak mampu mengubah apa apa kerana keegoan yang terlalu tinggi antara mereka . Dengan lemah Alia kembali bersuara .

"Ezz , sabar . Aku bukan sengaja tak nak bagitau kau tentang perkara ni . Banyak perkara yang menghalang dan yang paling penting aku nak kau tau" Alia terdiam sejenak . "Apa dia Lia" ? kian lemah suara ku . sedalam mungkin Alia menarik nafas . "Arafat koma Ezz...

Tamat Chapter 1