Friday, December 24, 2010

Hang Tuah


Fuyooo , tengok tengok . Proton ada concept car lah . Hahaha . hebat bukan ? aku bangga jadi rakyat Malaysia . Finally , dari kereta petak petak tu *SAGA kut nama dia . Hahaha . sekarang dah ada Concept car terus . Oh , bagus . setapak lagi kemajuan Malaysia dalam mencapai misi 2020 ;) *kereta kat atas tu nama dia Proton Tuah :)

Even , negara kita baru nak membangunkan . Kira okey lah tuu . sebagai rakyat kita harus menyokong dan bekerjasama memajukan negara *Tiba tiba terbuat ayat karangan pulak kan . biasalah budak baru habis SPM gitulahh . Hahaha

The new one from Proton Inspira kut nama keretanya . Walaupun family aku tak pakai Proton . Tapi aku sokong jugak lah ;) hehe . Kereta Proton makin manntop . tak yah lah korang duk bazir duit beli Mercedes atau BMW nak bergaya . Proton sudahh . Harga pun berpatutan . cuma kualiti mungkin perlu dipertingkatkan lagi ;) barulah boleh pasarkan ke peringkat dunia pula . hee

P/s : Mengharapkan yang lebih baik dari MALAYSIA ;)

Don't Cha ?

Haa , tajuk entry kali ni tade kene mengena langsung dengan apa yang aku nak cakap kan . Kenapa ? eh , aku punya suka lah . Hahaha :P *gurauu gurauu .

Okey , berbalik pada mende yang aku nak cakap . Ehem ehem . dengan ini saya yang bernama (seperti yang tertera di dalam surat diatas) *amboi . cam nak mohon KWSP ke PTPTN . Hahaha . nak nyatakan kepada mereka yangg berminat and tergila gila kan sangat IPHONE 4 tuu . henti henti kan lah membeli . Hahaha
kenapa ?

Sebab next year , Iphone keluar baru . Iphone 5 . haaa , for sure lebih baik dari sekarang . andd masalh masalh yang dihadapi kat Iphone 4 juga mungkin sedikit sebanyak akan diperbaiki . salah satunya ? skrin yang cepat sgt duk nak retak tu . sekali jatuh pecah seribu . Hahaha .

Aku dengar gosip ni dari CIK MURAI . tapi bukan murai.com yang pasti . Hahaha . mungkin dipasarkan pada JUNE tahun depan :) jadi bersabar lah wahai sekalian hambaku . ganjaran akan lebih lumayan jika bersabar *HOTAK KAU . haha


Adakah sebegini rupanya ? haa , akan datang ;)

P/s : masa akan datang mungkin HP security pakai Eyes scanner . Tak mustahilkan ? :)

Thursday, December 23, 2010

Tentang MEREKA


Tiba tiba aku teringat kan kawan kawan lama aku , kemana diaorang sekarang . hidup lagi ke ? *choyy , mulut . Hahaha . dalam aku mencari dan mencari persahabatan yg konon nya FOREVER youu . tiba tiba aku terjumpa mereka balik .

wahh , makin cantik dan hensem2 belaka lah korang . *aku pun kene puji tauu . Hahaha . nak jugak kan . yang gemok dah kurus dan sebaliknya :P terimbau lah segala kenangan di sekolah rendah . mmg kelakar kalau diingat kan :D seronok , rasa mcm nak ulang blk ja masa tu .

Walaupun sekarang aku ad BFF baru . tapi dorang tetap dalam hati aku . lagipun , salah sorang BFF aku kononnya dah buat taik . choyy . pegi mati lah kau , makan minum pun aku tanggung . tula psl takut nk kawan dgn org tak setaraf , dorang ni pisau cukur cap ayam sgguh . *jangan terasa okey . khas dituju untuk beliau seorang sahaja . hehe

But , I don't mind . seperti yang aku sendiri selalu cakap . Everything happens for a reason ;) perginya dia bersebab kerana mungkin ada yang lebih baik untuk aku pada masa akan datang . Insyaallah

FRIEND'S FOREVER ? :)

P/s : Sedap juga Old Town punya coffee :) ganti dgn nescafe . hehe

HKLBR


HKLBR ? binatang apa tu ? sabar sabar sekalian rakyat ku *amboi . Haha . Entry kali ni nak cerita pasal filem yang satu ni . Tengah galak duk tayang kat pawagam skang . Cerite ni terbaik okey , memang kelakar tahap max . boleh terkeluar halkum gelak . Hahaha . 

Part paling menarik apabila dorang make a decision untuk pergi tgk Kak limah kat rumah . ahh , Bertempiaran lari . Usop yang naik kerusi roda tuh boleh bangun tolak kerusi roda dia lari . lari laju dari org yang tak sakit lumpuh . Hahaha . 

Tengok lah beberapa part menarik dalam cerite ni .




 Abi Huraira (Johan RL) pacak motor dia lapan tiang . Eh , silap lapan batu nisan . Haha

Setakat ni jumlah kutipan sudah mencapai 4 juta * masih ditayangkan
okey lah menkome kalo rasa berkenan beno dihati . p lah tengok , idok lah teman menghalang .
sokong lah filem tempatan ye . sbb cerite nih mmg terbaik bebenor :D

P/s : teringat dialog pergghhh bau TELOR . hahaha xD

Wednesday, December 22, 2010

Mencari Arah



Pheeeeewww . bannnnggg ! tiba tiba terjaga dari tidur , pening melilau dah otak . tengok sekeliling bilik
sunyi dan kosong . okey . apa lagi ujian untuk hari ini . huh *SELAMAT PAGI

Hari ini duduk rumah sahaja , pagi yang indah . kat rumah tade org . abg dah blk rumah dia . adk dah blk dgn mama k rawang . papa as usual kerja 24 hours .

tiba tiba terfikir diri yang dah pun tamat zaman persekolahan , mana aku nak pegi ? banyak dengar kwn dh kerja *aku terlalu penat untuk mencari kerja , biarkan dulu . serius aku tak biasa dgn keadaan ni . aku rasa kosong dan kosong . apa aku nak buat ni ? selalu pegi sekolah saja hidup aku . 7.00 a.m - 5.00 p.m
semua kat sekolah , but now ? ohhh , memang membesar lah aku klu terus mcm ni . hilang lah six pox aku . Haha . xD

Kenapa aku tak hang out je dgn kwn2 ? LOL . aku ni kalau nak keluar mesti ada tujuan . tak suka melilau naik motor tak tau arah tuju . aku pening camtu . haha . okey , sekarang termenung dan termenung lagi . Kelmarin mama dtg and masuk bilik . bg satu surat . aku ingat apa mende , rupanya dia suruh pilih UNIVERSITI . aku macam , eh hapa ni . awai lagi * tak sedar tiga bulan skang mcm tiga hari jeh . err
okey , btw thanks mama .

aku pening , mana satu ni :( semua tempat jauh semacam . tapi okey jugak . boleh lari dari masalah * walaupun tau masalah takan selesai dengan melarikan diri . haha . err . dan pilihan aku adalah....

to be continue

P/s : kau ingat drama lagenda PUTERA KATAK je ada to be continue . Hahaha

Zacco & Graphy




Okey korang , now aku nak perkenalkan kat korang satu page di Facebook yang baru sahaja dicreate *untuk photography . Actually , page ini abang aku yang buat *nak tunjuk bakat lah konon :p ampun abg . hehe

So , sebelum korang bergosip seorang diri , apa kata tengok dulu preview gambar sikit ;) after that boleh like kat facebook *kalau berkenan di hati . ye idok teman org PERAK . Do I care ? haha






Pendapat korang ? kalau suka boleh buka link ini dan like okey . Thanks :)

P/s : Kami budak baru belajar , ambil galah tolong tunjukkan . eh , ad betui kah ? xD

The HZ


HZ singkatan bagi Hanis Zalikha nama yang manis semanis orangnya . Beliau kini telah mencetuskan satu fenomena dikalangan masyarakat kini . Hebat bukan ? siap masuk PAPER METRO MUKA DEPAN . hah , kau ada ? Haha .

Okey , btw aku sendiri tak berapa kenal sgt dia ni . Si blogger yang agak hebat dimata aku . aku nak jadi cam dia ? yang hadooo . blog bukan makanan aku untuk cari publisiti . malas tersangat nak membloging ni sebenarnya


The one and only word yang boleh aku cakap sekarang adalah . She beautiful :) but , aku tak melting pun . sebab ? aku tak minat . haha xD ini dari kaca mata seorang lelaki saja tentang fizikalnya . hehe . btw , tak setuju dengan statement paper metro HZ atasi Siti Nurhaliza


Choyy , there is no one yang boleh lawan Siti lah ;) Siti the best whenever there is too much artis from realiti show yang muncul . Hehehe .

*The boom boom | okey , I gtg . dah dengar bunyi pot pet pot pet dah kat luar tuu ;) see ya guys

P/s : Lepas ni susah lah artis nak cari makan * faham2 sendiri lah ;)