Monday, February 21, 2011

Ceritera Sahabat

Hampir dua bulan aku bekerja , terlalu banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tempoh itu . Tak dinafikan apa yang telah terjadi sebelum ini banyak mengajar aku erti kehidupan . Menjadi seorang yang lebih matang dari segala sudut mahu fizikal ataupun mental . Hadirnya aku ke tempat baru bukan untuk melarikan diri dari masalah , tapi cuma memerlukan ruang dalam mencari penyelesaian .

Alunan suara Rihanna mendendangkan lagu Only Girl mematikan lamunan sukma ku sekaligus memecah kesuyian malam . Choyy , kacau betul ! Kalau malam malam macam ni memang tak boleh nak senang , ada saja gangguan lalat versi 2011 ni . Err , masalah teknologi betul lah !

Sekilas aku memandang skrin telefon . Alia Dato' Zainal . Ada apa hal lah awek sorang ni call aku malam buta , ni kalau bukan kes nak bergosip ni tak pun kes gaduh dengan laki dia . Kerja aku kalau bersembang dengan dia lebih banyak menadah telinga daripada menabur kata . Mulut dia kalau start bercakap aku terpaksa sumbat buluh nak suruh diam , minah ni memang lah kalau bercakap memang tak nampak lampu merah dah , semua redah je . Agaknya maknya masa beranak kan dia ni kat reban ayam kut . pot pet pot pet ! Segera panggilan dijawab .

"Ezz, apa kau buat lama sangat nak pick up phone tu ? Bila kau ada cuti ? Next week balik lah Ipoh , aku ada berita 'Hot and Spicy' bak Melodi nak story kat kau . Sambil sambil duk pekena nasi kandar kat Ayam Madu . Jom lah , lagipun dah lama kita tak story molly . Rindu nak menatap muka kau" Fuhh , kan sudah ku bilang , minah ni kalau bercakap memang tak tau nak berhenti , ambulans pun lari ke tepi kalau lumba dengan dia ni .

Apa kes lah minah ni malam buta macam ni call semata nak suruh aku balik . keluh ku sendiri dalam hati . Cakap dah sama laju dengan keretapi KTM dari Ipoh - KL Sentral , dah sah sah memang ketinggalan lah aku , cubalah cakap seketui seketui .

"Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarokatu Cik Alia" senafas aku berkata . Kalau lah ada berita yang boleh mengegarkan dunia sekalipun , boleh tak kau cakap perlahan lahan . Kalau aku ni mesin dah lama rosak dengar suara kau yang bingit tu . Apa yang important sangat ? dalam phone kan boleh cakap , mana pulak aku nak kutip cuti tengah tengah bulan ni . Kau cakap dulu apa yang important sangat tu , kalau berat akan dipertimbangkan" malas aku mahu bertikam lidah dengan si Alia ni . Dah sah sah memang aku yang kalah kalau masih berkeras hati .

Huh , Alia menarik nafas dalam dalam sebelum meneruskan ungkapannya

"Macam ni , seminggu lepas kau pergi ke Rawang . Arafat kemalangan , dia kena langgar dengan kereta . Langgar lari . Semua jadi secara tiba tiba . Aku sendiri dapat tahu dari classmate kita Badrul . Itu pun dua tiga hari selepas kejadian tu jadi' Alia berkata dalam nada yang lemah

Tersentak ! Hati ku bagaikan hendak tercabut keluar ketika mendengar berita yang satu ni . Kaki ku terasa lemah longlai ketika mendengar baik baik kata yang terpancul dari mulut Alia . Perasaan serba salah mula menyelubungi diri , tak terkata aku disaat ini . Hanya tuhan yang tahu  perasaan aku ketika ini .

Dalam keadaan yang masih terkejut aku bersuara "hah ! kemalangan ? kenapa tak ada orang yang bagitau aku ? Dah dekat dua bulan aku dekat sini baru kau nak bagitau ? perasaan marah bercampur sedih mula menguasai diri , Alia hanya diam membisu , tidak mampu berkata apa apa . Dia tahu persengketaan antara dua sahabat ini yang terjadi dua bulan yang lalu . Walau apa pun yang diperkatakan olehnya masih tak mampu mengubah apa apa kerana keegoan yang terlalu tinggi antara mereka . Dengan lemah Alia kembali bersuara .

"Ezz , sabar . Aku bukan sengaja tak nak bagitau kau tentang perkara ni . Banyak perkara yang menghalang dan yang paling penting aku nak kau tau" Alia terdiam sejenak . "Apa dia Lia" ? kian lemah suara ku . sedalam mungkin Alia menarik nafas . "Arafat koma Ezz...

Tamat Chapter 1

Friday, December 31, 2010

Two Thousand Double One


HAPPPPPPPPY NEW YEARRRR guyss !!! Hahaha . Seronok plak aku ni . Siyes aku tak sedar esok dah 2011 . krinnggg kringgggg 

muncul azam baru tahun 2011 . ape mende ye ? jap aku fikir 
ehh , boleh ke azam bgtau org lain ? x pyh lah korang tau aku tau dah lah
hehehe xD

  1. Aku nak kurus ! errr *perlu k ? -,- Hahaha
  2. Aku nak TINGGI ! tinggi mna kau nk ni . KLCC ? lol
  3. Nak kaya ? x pyh lah buat msa skang ni . blanja dulu eh . hehe
  4. Nak pakai kereta ? Okey . itu mungkin :P Hehe
Lagi lagi lagi ? arghhh ! x tau aku dah

Dah lah tu suma tak penting . 2011 azam baru hidup baru bini baru *okey yg last ni x perlu haha

Happy New Yearrr Summaaa
Salam syg dari saya . muak muak <3 :P

P/s : dulu kecik2 berazam nak bli kete control pakai minyak . smpai laa ni x dpt . Haha

Thursday, December 30, 2010

Kesana

3.43 p.m bersamaan 30/12/10

fuhh , sedang packing barang untuk berangkat ke satu tempat yang tak dinyata kan dlm peta Malaysia . Hahaha
busy , rasa cam nak bawak satu bilik ni p sana

but , at the same time rasa takut sgt and sedih . sbb nak tgglkan semua bende yang aku syg kat sini . kawan2 aku semua tahan aku ckp jgn pegi cam Akademi Fantasia sudah . hahaha . nak buat camne kawan , terpaksa lahh . sila lah faham situation saya sekarang okey ;) tada apa lah yg nk dirisaukan

Hari ahad ni lah last di sini sebelum berangkat , and ini mungkin last post kut . sbb kat sana tak tau bila boleh on9 and aku tau mesti busy gila lah kat sana nanti , plus nk sesuai kan diri lagi . Hahaha

Btw , I wish all of you good luck dlm hidup and and kputusan SPM soon okey . muah muah :P  Byeeeeeeee

P/s : ...................

Wednesday, December 29, 2010

Abracadabra

Mengharapkan KEAJAIBAN berlaku Hari ini !



P/s : Teringat cerita Cinderella yang penuh dengan magis ;)

Tuesday, December 28, 2010

Message



Beep ! 1 new message

Si Kosong : Hello , apa khabar ? lama tak dengar cerite :)
Aku : Hello :D sihat alhamdulillah , beselah artis busy dengan kerja . Haha

Bla bla bla and bla

Si Kosong : Semua yang saya buat sebab saya SYG KAN AWK
Aku : Hurmm ....

Dan seterusnya . Lu pikir lah sendiri

Happy gilalah semalam . Hahaha :) *macam dunia ini aku yang punya . Err dialog cerite ap eh ni ? x hengat . Haha . Okey , mungkin ada pintu2 bahagia yang nak datang sempena tahun baru nak muncul ni ? Insyaallah
Doakan aku banyak2 supaya boleh mula hidup baru yang lebih adventures ni . weeeeee ;)

P/s : Org tua2 cakap . Jangan suka sangat nanti esoknya berduka . err -,-

Monday, December 27, 2010

Sunday, December 26, 2010

Last Moment

20/12/10 adalah hari terakhir aku berada di sekolah . Rinduu yang teramat sangat rasanya nak datang sekolah . Tapi rasanya baju putih dan seluar hijau tu aku dah buat kain buruk kut , ke derma anak yatim . Hahaha :P

Tersangat rindu dekat class aku , kawan2 aku for sure , Cikgu2 aku *Teacher Lim , Teacher Rahina (kuat jerit dia ni) hahaha . Cikgu Jemm . and and yang semestinya Cikgu Isa Ansori . kenapa dia ? sebab aku rindu nak kene conteng muka , junjung piala yang besar giant pusing satu sekolah dan kawad mengundur 4 round . Hahaha . Suma sebab tak siap kerja , ponteng class . itu standard :P hehe

Okey , korang tengok lah last moment aku kat sekolah . Last paper Ekonomi 1/2 :)


                                        
                                    
                                                  

Will miss this moment EVER ! :) taking care guys .muah ! muah !  Haha
                                    
                          
                                                           
P/s : Selepas ini Belajar . Kerja . Kawin . Dapat Anak . Mati