There was an error in this gadget

Sunday, September 18, 2011

Universiti Teknologi Mara




    Rasanya ramai tahu yang aku dapat tawaran temuduga
     
           UITM - SERI ISKANDAR
                                    
     KOS INTERIOR ARCHITECTURE kannn     

What an exciting day lah . fuhh . berpeluh aku . sangat lh MENAKUTKAN  that time . nasiblah boleh kawal diri tak gabra

                 ALHAMDULILLAH

Malas cakap banyak dah . result keluar mungkin 2 minggu lagi . get ready sajalah . Wish me LUCK ! kbye
Muka CUAK ! tapi still belagak MACHO . Har Har Har

  Jalan nak masuk . GABRA babeng bai !
 Bilik Temuduga 



                               
                                                     

                                                               


                     

Monday, September 12, 2011

Nine Angel from HEAVEN



Sembilan minah cun dari syurga . Haaa . Aku mmg adore dengan dorang ni . especially si HYOYEON

 yang lain tak minat sangat . sbb apa entahhh . Tapi dorang tetap terbaik walaupun now dah banyak group baru macam KARA . MISS A . F(X) etc . dorang tetap vogue okayyy .  FIGHTING !

             GIRL GENERATION / SNSD



HYOYEON





Z Z Z Z Z



Aku sekarang sedang menjalani proses BALIGH

D O N T D I S T U R B


Wish You Were Here

Just now rasanya semua tahu yang aku sudah sambung study . Di Coventry University , UK .

K O N O N N Y A   LAH H H H H


Senanya kat Linton University . Usaha sama University UK tuuu . Cekononnya lah . Aku amik kos
                                 
                       A R C H I T E C T U R E 
Yes , aku tau kos ni susah tapi aku tak kisah sbb nak turutkan kata parents . Aku follow saja .

And now dah dapat offer dari UITM kos yang sama bezanya dalaman saja . Dan sekarang aku dah out dr Linton .

Act , tak ada idea nak update blog ni tu yang main hentam je tulis ni . HARR HARR HARR

P/s : AKU RINDU KAWAN2 AKU :/

http://www.youtube.com/watch?v=VT1-sitWRtY

                                       
              AVRIL LAVIGNE - WISH YOU WERE HERE







Wednesday, March 30, 2011

Correction

Hey , Ezz ! are you fine itu ini . aku baru baca blog kau semalam . kau sabar eh eh eh

*pstttt ? WADTERRHOCK 


Apa kau mengarut ni ? annoyinggg

lahhh , aku baca blog kau semalam , mcm in the big prob saja

Itu new post haa ? CERITERA SAHABAT tu ? yess

Itu post REKAAN SEMATA lahhhhhh pandai !

okey , bout entry yang disebut diatas itu adalah hasil tulis taip saya .
sama sekali tidak ada kena mengena dengan saya mahupun sesiapa disekeliling saya

JANGAN SLH FAHAM !

btw , thanks korang yang dah baca and said TERBAIK WOK ! haha
appreciate it so much . sambungan dia akan dipublishkan akan datang . tggu okey  XOXO

We all make mistakes !

Kecelaruruan

sekarang tgh PENING , sbb there is too much benda nak buat dalam satu masa . and and tak tau pulak intake IPTA awai sangat , memang duk kalut lah sekarang ni duk mohon sana sini dengan mengejar tarikh ttup nya lagi .


M A T I P E N G S A N T E R K E J U T 


but , korang jangan risau . aku selamat dijaga dibawah AKTA PERLINDUNGAN IBU BAPA aku -,-


Haa ! nampak muka aku suci lagi bersih sihat walasiat saja .

So , the conclusion of my post now , problem can be solve with the right way . pepatah omputih mna aku rembat pun aku tak tau . hah ! kisah !

No matter what , IPTA/IPTS Im comingggggg ! XOXO

Monday, February 21, 2011

Ceritera Sahabat

Hampir dua bulan aku bekerja , terlalu banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tempoh itu . Tak dinafikan apa yang telah terjadi sebelum ini banyak mengajar aku erti kehidupan . Menjadi seorang yang lebih matang dari segala sudut mahu fizikal ataupun mental . Hadirnya aku ke tempat baru bukan untuk melarikan diri dari masalah , tapi cuma memerlukan ruang dalam mencari penyelesaian .

Alunan suara Rihanna mendendangkan lagu Only Girl mematikan lamunan sukma ku sekaligus memecah kesuyian malam . Choyy , kacau betul ! Kalau malam malam macam ni memang tak boleh nak senang , ada saja gangguan lalat versi 2011 ni . Err , masalah teknologi betul lah !

Sekilas aku memandang skrin telefon . Alia Dato' Zainal . Ada apa hal lah awek sorang ni call aku malam buta , ni kalau bukan kes nak bergosip ni tak pun kes gaduh dengan laki dia . Kerja aku kalau bersembang dengan dia lebih banyak menadah telinga daripada menabur kata . Mulut dia kalau start bercakap aku terpaksa sumbat buluh nak suruh diam , minah ni memang lah kalau bercakap memang tak nampak lampu merah dah , semua redah je . Agaknya maknya masa beranak kan dia ni kat reban ayam kut . pot pet pot pet ! Segera panggilan dijawab .

"Ezz, apa kau buat lama sangat nak pick up phone tu ? Bila kau ada cuti ? Next week balik lah Ipoh , aku ada berita 'Hot and Spicy' bak Melodi nak story kat kau . Sambil sambil duk pekena nasi kandar kat Ayam Madu . Jom lah , lagipun dah lama kita tak story molly . Rindu nak menatap muka kau" Fuhh , kan sudah ku bilang , minah ni kalau bercakap memang tak tau nak berhenti , ambulans pun lari ke tepi kalau lumba dengan dia ni .

Apa kes lah minah ni malam buta macam ni call semata nak suruh aku balik . keluh ku sendiri dalam hati . Cakap dah sama laju dengan keretapi KTM dari Ipoh - KL Sentral , dah sah sah memang ketinggalan lah aku , cubalah cakap seketui seketui .

"Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarokatu Cik Alia" senafas aku berkata . Kalau lah ada berita yang boleh mengegarkan dunia sekalipun , boleh tak kau cakap perlahan lahan . Kalau aku ni mesin dah lama rosak dengar suara kau yang bingit tu . Apa yang important sangat ? dalam phone kan boleh cakap , mana pulak aku nak kutip cuti tengah tengah bulan ni . Kau cakap dulu apa yang important sangat tu , kalau berat akan dipertimbangkan" malas aku mahu bertikam lidah dengan si Alia ni . Dah sah sah memang aku yang kalah kalau masih berkeras hati .

Huh , Alia menarik nafas dalam dalam sebelum meneruskan ungkapannya

"Macam ni , seminggu lepas kau pergi ke Rawang . Arafat kemalangan , dia kena langgar dengan kereta . Langgar lari . Semua jadi secara tiba tiba . Aku sendiri dapat tahu dari classmate kita Badrul . Itu pun dua tiga hari selepas kejadian tu jadi' Alia berkata dalam nada yang lemah

Tersentak ! Hati ku bagaikan hendak tercabut keluar ketika mendengar berita yang satu ni . Kaki ku terasa lemah longlai ketika mendengar baik baik kata yang terpancul dari mulut Alia . Perasaan serba salah mula menyelubungi diri , tak terkata aku disaat ini . Hanya tuhan yang tahu  perasaan aku ketika ini .

Dalam keadaan yang masih terkejut aku bersuara "hah ! kemalangan ? kenapa tak ada orang yang bagitau aku ? Dah dekat dua bulan aku dekat sini baru kau nak bagitau ? perasaan marah bercampur sedih mula menguasai diri , Alia hanya diam membisu , tidak mampu berkata apa apa . Dia tahu persengketaan antara dua sahabat ini yang terjadi dua bulan yang lalu . Walau apa pun yang diperkatakan olehnya masih tak mampu mengubah apa apa kerana keegoan yang terlalu tinggi antara mereka . Dengan lemah Alia kembali bersuara .

"Ezz , sabar . Aku bukan sengaja tak nak bagitau kau tentang perkara ni . Banyak perkara yang menghalang dan yang paling penting aku nak kau tau" Alia terdiam sejenak . "Apa dia Lia" ? kian lemah suara ku . sedalam mungkin Alia menarik nafas . "Arafat koma Ezz...

Tamat Chapter 1